The Government of Brunei Darussalam

prevention.htm_txt_sidemenu_cmp.gif (9922 bytes)

Akta Pencegahan Rasuah

SINOPSIS  AKTA   PENCEGAHAN  RASUAH

 Bahagian I

 Permulaan    
 1.  Gelaran Pendek dan permulaan.  
 2.     (a)- (h)   Tafsiran 'ejen', 'Biro', 'Pengarah', 'Suapan', 'Pegawai Biro',  'Kesalahan yang ditetapkan', 'orang yang utama',  'badan awam', 'pegawai awam’.  
 Bahagian II  
 3.     (1)-(5)  Lantikan Pengarah dan pegawai –pegawai BMR.  
 4.      (1)-(20) Pegawai-Pegawai BMR hendaklah dianggap sebagai pegawai-pegawai kerajaan.
 Bahagian III  
 5.     (a) - (b)  Hukuman bagi pelaku rasuah. Termasuk sesaorang yang memujuk,  
         (i) – (ii)   Menerima, bersetuju menerima, memberi, berjanji atau menawarkan suapan secara tidak jujur.
 6.     (a) – (c)  Hukuman bagi perbuatan rasuah, urusan-urusan yang tidak jujur dengan ejen-ejen.
 7.  Tambahan bagi hukuman maksima dalam perkara-perkara tertentu.  
 8.     (1) – (2) Penerima rasuah dikira bersalah walaupun tujuan pemberian / penerimaan tidak dilaksanakan dan sebagainya.  
 9.     (a) – (b)   Dengan secara tidak jujur ( rasuah ) menyebabkan penarikan balik tawaran-tawaran  ( tender ).  
 10.    Memberi rasuah kepada ahli majlis mesyuarat. Misalnya ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri, Majlis Mesyuarat Di Raja.  
 11.  (a) – (d) Memberi rasuah kepada ahli badan-badan awam.  
 12.  (1)–(2)  Menyara taraf hidup yang melebihi taraf hidup yang 
         (a)– (b)   sepadan dengan pendapatan masa kini dan masa lampau. Menguasai kekayaan kewangan atau harta benda yang tidak setampil dengan pendapatan masa kini dan masa lampau.  
 13.  (a) – (b)  Kesalahan bersubahat dalam perbuatan rasuah.  
 14.    Kesalahan Percubaan melakukan rasuah.  
 15. Kesalahan Pakatjahat.  
 16.      Kewajipan pegawai Kerajaan melaporkan sebarang tawaran atau pemberian rasuah. Kegagalan melaporkan perkara ini akan membolehkan mahkamah jika sabit kesalahan menjatuhkan hukuman denda $500.00 ringgit atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.  
 17.     Bilamana hukuman akan dikenakan selain dari hukuman lainnya.  
Bahagian IV  
Kuasa-Kuasa Penyiasatan.  
18.   (1) – (3) Kuasa-kuasa menangkap tanpa mengunakan waran.  
19.   (a) – (c)  Kuasa-kuasa penyiasatan.  
20.   (1)(a)–(b)  Kuasa Penggeledahan dan untuk mendapatkan bantuan.  
       (2)(a)-(b)  Kesalahan menentang atau menghalang setiap pegawai BMR dalam usahanya memasuki atau menggeledah sesuatu tempat.
21.   (1) –(3)   Kuasa tambahan penggeledahan dan perampasan.  
22.      Tanggungjawab pihak awam disisi undang-undang untuk memberikan  maklumat.  
23.  (1)(a)-(b)   Kuasa kuasa khas penyiasatan. Pemeriksaan terhadap 
        (2)-(5) saham, akaun, akaun pelaboran, peti simpanan, akaun perbelanjaan, buku bank atau buku syarikat . Kesalahan menghalang kehendak  bab ini kepada sesiapa sahaja dan bank yang berkenaan.  
24.   (1) – (3) Panasehat –penasehat undang-undang dan ma’alumat yang teristimewa.  
25.    Sangkaan rasuah didalam perkara-perkara yang tertentu.
26.    Keterangan mengenai amalan yang tidak boleh diterima.  
27.  (1) (a)–(b)  Keterangan mengenai kekayaan kewangan atau harta 
        (2)       benda.  
28. Keterangan rakan sejenayah.  
29.  (1)-(3)  Pemeriksaan terhadap pesalah-pesalah.  
30.  (1)-(3)  Perlindongan bagi pemberi-pemberi maklumat. Setiap pelapor atau pemberi maklumat yang berhubung kait dengan kesalahan di bawah Akta ini adalah dilindongi daripada identitinya dimaklumkan. walaubagaimanapun andainya mahkamah mendapati pada sepenamatnya perbicaraan bahawa sipemberi maklumat atau pengadu itu senghaja membuat maklumat / aduan sedemikian sedangkan ia tidak benar dan demi mendapatkan keadilan, maka dengan hal sedemikian identiti sipengadu atau pemberi maklumat akan dimaklumkan kepada umum untuk maksud pengadilan.
Bahagian VI  
Dakwaan Bagi Perbicaraan Bagi Kesalahan-Kesalahan
31.  (1)(2)(3)  Pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan.  
32.   (1)(2)   Mahkamah majistret akan mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah perentah ini.
Bahagian VII  
Rampaian  
33.   Aduan-aduan dangkal, bohong, atau tidak berasas hendaklah dilaporkan kepada pendakwaraya. Pada akhir perbicaraan terhadap kes dibawah akta ini, jika sekiranya mahkamah mendapati pemberi maklumat atau pengadu membuat dangkal, berbohong demi untuk menyusahkan yang tertuduh maka beliau hendaklah mencatet perkara ini dan menghadapkan laporannya kepada pendakwaraya bagi tindakan sewajarnya.  
34.    (a)(b) 

Kesalahan membuat laporan bohong mengenai hal berlakunya kesalahan di bawah akta ini. Ianya melibatkan kesalahan membuat laporan yang bohong kepada Pengarah, Timbalan Pengarah atau sesiapa saja pegawai Biro. Mengelirukan Pengarah, Timbalan Pengarah atau sesiapa jua pegawai Biro.

35.     Menjadi kesalahan untuk memberitahu identiti orang yang sedang disiasat serta sebarang butir maklumat mengenai hasil siasatan tersebut.
36.    (1) (2) 

Sabit kesalahan yang lain. Seandainya sesaorang itu telah di dakwa dengan sesuatu kesalahan yang khusus dibawah Akta ini, akan tetapi bukti menunjukan yang ianya melakukan kesalahan di bawah bab yang lain di bawah Akta yang sama, maka dengan ini dia bolehlah di kenakan tindakan yang sepatutnya. Jika mahkamah setelah habis perbicaraan, mendapati keterangan tentang tuduhan yang dibuat itu adalah berlainan, maka ia bolehlah membuat pertukaran keterangan tersebut bagi maksud membetulkan isi kandongan tuduhan tersebut.

37. Tanggongjawab warganegara-warganegara bagi kesalahan yang dilakukan di luar Negara Brunei Darussalam. Setiap warganegara Brunei Darussalam yang melakukan sebarang kesalahan seperti yang dicatatkan di bawah Akta Pencegahan Rasuah, dimana mana negeri atau negara diluar Negara Brunei Darussalam, bolih didakwa dan jika sabit kesalahannya dijatuhkan hukuman sesperti juga ia melakukan kesalahan tersebut di dalam Negara Brunei Darussalam.  
38. Kesalahan – kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah adalah kesalahan yang boleh dibuat tangkapan tanpa waran ini termasuk sebarang kesalahan yang ditetapkan menurut peraturan jenayah.  
39    (1)(2)

Sebarang rupa suapan / rasuah yang telah diberikan kepada ‘ejen ‘ seperti yang dimaksudkan di bawah Akta ini, bolehlah dituntut kembali daripada sipemberi.  

40. Pengenaan Akta Pencegahan Rasuah. Adalah di Istiharkan bahawa jika sesaorang itu melakukan kesalahan yang tercatet di dalam Akta ini sewaktu Akta in belum dibuat atau dikuatkuasakan, maka mahkamah masih bolih mengambil tindakan yang sepatutnya dan menghukum mereka yang didapati sabit kesalahanya.  

     


|| Introduction | Background | Organisation Chart | Prevention of Corruption Act | Complaint Form | Public Information Materials ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||