|
( Extract from the titah of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam )
"Jangan anggap 'rasuah kecil' tidak mengapa, ... |
More...
|
|
|
|
|
|
|
| |
| |
| |
| |
|
|
( Extract from the sabda of His Royal Highness, the Crown Prince of Brunei Darussalam)
Read the full text here |
ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta-eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Majlis Pelancaran Pendidikan Pencegahan Rasuah Dalam Kurikulum Kebangsaan pada hari ini merupakan satu lagi hasil dari langkah-langkah Biro Mencegah Rasuah yang dipertanggungjawabkan menangani gejala rasuah. Usaha ini adalah bersesuaian dengan inisiatif yang digariskan oleh United Nations Convention Against Corruption atau Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah.
Rasuah boleh diertikan sebagai perbuatan pemberian berupa wang, hadiah atau sebagainya kepada seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu pulangan, imbuhan atau ganjaran kepentingan peribadi atau kelompok. Malah pengertian serta kesan rasuah akan lebih meluas jika ianya dikaitkan dengan amanah dalam konteks penyelewangan penyalahgunaan kuasa demi kepentingan sendiri dan sikap pilih kasih.
Islam telah melarang melakukan rasuah, memakan atau mengambil harta orang lain secara yang tidak dibenarkan syarak seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 188 “ Dan janganlah kamu makan (atau mengambil harta orang-orang lain) d iantara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
Dengan yang demikian, adalah menjadi tangungjawab setiap ketua organisasi mengambil langkah-langkah proaktif dan jitu ke arah mencegah dan membanteras sebarang perlakuan yang menjurus kepada kegiatan rasuah dalam organisasi masing-masing. Setiap pegawai dan kakitangan kerajaan selaku jentera penggerak kepada nadi kerajaan perlu menanamkan sikap serta minda yang sihat dan bersih iaitu sentiasa mengutamakan kepentingan negara sebagai agenda utama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
|
|
|
|
HOTLINE
HQ: 2382395 | 8721002
KB: 3331513 | 8721003
E-mail: info@bmr.gov.bn
|
|
|
Complaint/Information Received
|
|
Total for Year 2009 : 321
|
|
Jul : 222
|
2010 : 229 |
|
|
|
|
|
|