The Government of Brunei Darussalam

bg.htm_txt_sidemenu_cmp.gif (10454 bytes)

Latar Belakang

 (  Petikan titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam)

 “ ……Sebagai negara yang ternama lagi bermaruah maka Brunei Darussalam patutlah mengekalkan ciri-ciri kesedaran menentang rasuah itu hingga keakar-akar umbinya. Kita tidaklah boleh lalai dari malakukan usaha-usaha pencegahan, walaupun dengan apa cara pun, terutamanya melalui proses undang-undang yang ada …….”

  

Klik, untuk membaca titah yang sepenuhnya

 Sejarah Ringkas Biro Mencegah Rasuah

Pada 1 Januari 1982, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menguatkuasakan Perintah Darurat (Pencegahan Rasuah), 1981 yang kemudiannya pada tahun 1984 dikenali sebagai Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131). Untuk menguatkuasakan Akta tersebut, satu badan bebas yang diberi nama Biro Mencegah Rasuah (BMR) telah ditubuhkan pada 1 Februari 1982

Dibawah peruntukan Bab 3 Akta Pencegahan Rasuah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam boleh melantik seorang Pengarah yang akan bertanggungjawab bagi arahan dan pentadbiran BMR. Bab yang sama juga memperuntukan bahawa Pengarah BMR tidaklah tertakluk kepada arahan atau kawalan sesiapa pun jua selain Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam

Akta Pencegahan Rasuah telah memberi kuasa-kuasa tertentu kepada BMR untuk menjalankan kerja-kerja penyiasatan terhadap aduan-aduan kegiatan rasuah. Akta ini juga memberi kuasa kepada BMR untuk menyiasat beberapa kesalahan dibawah Kanun Kesiksaan (Penal Code) dan kesalahan-kesalahan dibawah mana-mana Akta yang bertulis jika kesalahan itu didapati ketika BMR menjalankan penyiasatan dibawah Akta Pencegahan Rasuah  

    


|| Introduction | Background | Organisational Chart | Prevention of Corruption Act | Complaint Form | Public Information Materials ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||